Tuesday, November 5, 2019

Kegigihan Seorang Suri Rumah Berniaga Mengubah Kehidupan Keluarga.: Bangkit dengan Kekuatan Baru. Ikuti kisah hebat wanita ini.

Assalam dan selamat pagi

Pagi ini pakcik dapat 1 story nak share daripada freda yang menceburkan diri dalam perniagaan tupperware dah lama dan kini.. freda dah bergelar 1 star dan bakal muncul sebagai achiever ke bali. Jom baca cerita  suri rumah dari sarawak ini..



"PERNAH MERASA JATUH , TAPI BERUSAHA UNTUK BANGUN SEMULA"

Jika dulu , saya hanya mengintai kejayaan orang melalui jendela mata sahaja. Dalam hati berkata, mereka boleh. Mereka surirumah, saya pun surirumah. Takda perbezaan pun. Jika mereka surirumah , hanya mengharapkan duit dari suami, saya pun macam tu. Surirumah tak pendapatan! Aduh sakitnya hati.

Bermulanya langkah saya memberanikan diri mencuba bisnes jual plastik Tupperware. Pernah jatuh? Ya! Saya pernah jatuh. Sakit peritnya ,hanya saya saja yang tahu. Orang berkata, jatuh itu biasa dalam bisnes. Takut jatuh ,baik jangan buat bisnes. Buat bisnes kena berani! Kuat dari segi mental dan fizikal.

YA!! Saya harus kuat!! Saya bangkit semula dengan kekuatan baru, semangat baru, suasana baru. Dan semestinya TUJUAN BARU!

Saya berjanji, kebangkitan kali ini saya akan buktikan yang saya BOLEH! PASTI BOLEH!

Saya teruskan dengan urusan meniaga seperti  biasa. Menjual, Recruit dan Pergi Stokis ambil stok. Tahukah anda? Saya jauh dari stokis. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke stokis. Naik bot express, sampai di terminal bot express, kena ambik teksi untuk bawa saya ke stokis. Kos nya sangat tinggi.

Namun itu semua tak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang. Rugi? Jangan takut rugi kalau nak berjaya. Banyak yang rugi tau. Bukan rugi duit sahaja. Rugi Masa, Rugi Makan dan Rugi Tenaga.

Ambil stok berkotak-kotak. Bukan satu dua kotak sahaja. Tapi sampai 7 kotak. Bagaimana saya bawa? Naik bot express. Sampai di song, suami tolong angkut guna Motosikal Modenas sahaja. Ya Tuhan, tak sanggup nak tau. Sebagai isteri, jiwa saya sakit melihat suami berulang alik angkut kotak Tupperware yang besar-besar sampai 7 kali angkut ulang alik. Saya pula hanya mampu melihat sahaja. Bagaimana saya nak bantu? Kalau saya naik bersama, dimana pula nak letak kotak-kotak tu?

Syukur🙏🙏Dengan income Tupperware setiap bulan , saya diluluskan menjadi penjamin kepada suami saya untuk loan kereta. Sebab gaji suami tak masuk akaun bank ,jadi payah sikit nak apply loan.
Syukur🙏🏻🙏🏻
Bisnes Tupperware membukan mata minda saya tentang peluang yang luar biasa diluar jangkaan saya.


www.wasap.my/60198299707/sertai+team+Tupperware+SarawakAlfreda


www.wasap.my/60198299707/sertai+team+Tupperware+SarawakAlfreda



2 comments:

  1. fida sangat hebat..usaha gigih fida selalu miel pinjam untuk kekuatan dan semangat miel

    ReplyDelete
  2. Hebatnya.kagum dgn semangat dan usahs fida.

    ReplyDelete